Assalamualaikum ! Welcome to My Blog ! Jangan lupa FOLLOW tau ! :)

Tuesday 30 August 2011

salam aidilfitri....

salam....
selamat hari raya maaf zahir n batin sya ucapkn pdew smue yg m'genali diri syew..tpi ryew thun mmg btowl2 bsan taw...xtaw lh npew...tpy dh bsauw2 cm ny un msh dpt duet ryew taw...huhu
tpy ny ryew cowg2 coz lown ad yg pnyew...msh SINGLE...2 yg xhappy uh..jmpot lh dtg uma syew...k'hdran anda dialu2kn...

Saturday 30 July 2011

sikap wanita yg d'snngi lelaki.

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yangg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?


Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Friday 29 July 2011

KEKASIH atau SAHABAT?




Ahaaaa…
kali nih entri CINTA yer…dek tak dapat tengok TERIMA KASIH CINTA,mariii kita buat entri CINTA jer lah…janji ada CINTA.


cinta Allah

TIPU kalau cakap tak pernah bercinta. umm mungkin adalah yang tak bercinta, tup tup terus nikah kan…tapi mungkin tak ramai kan. apa yang hany nak highlight kan di sini adalah…antara CINTA HATI/KEKASIH dengan SAHABAT/KAWAN.


Pastinya semua orang mempunyai kawan kan, yer lah kita hidup di dunia nih, selain ahli keluarga kita, pastilah kawan kawan menjadi peneman hidup kita kan.ke hulu ke hilir, dengan kawan kawan kita tuh kan. saat suka duka…


but then,
ada la seseorang JATUH HATI pada mu. serius la melamar kamu untuk menjadi KEKASIH HATINYA. yesssss of coz la kamu teruja, terasa diri begitu glemer. dan bonuslink nya pulak…kamu memang meminati dia selama ini.ding dong ding dong….couple la kamu berdua….


saat saat indah bergelar couple…
waaa kalau boleh 24jam sehari nak bersama, kemana pun kau kan kubawab, ke hujung dunia kebintang kejoraaaa….


Ha,
tang ni lah yang tak ELOK nye. dek kerana terlalu dilamun cinta, semua nya dengan kekasih hati, semuanya! orang disekeliling kamu dah tak peduli. kawan kawan jauh sekali dah kamu nak hang out…semua nya dengan kekasih hati.


Pleaseee laahhhh,
JANGAN BEGITU wahai adik adik ku. katakan la kamu dah tak boleh ELAK sangat kan, terjebak jugak dengan CINTA nih. pleaseee jangan sia sia kan HARI MUDA MU dengan melayan perasaan CINTA dengan si DIA shj. hidup ini perlu REALISTIK. bukan sekadar di alam fantasi kamu.


ingat, walaupun dah ADA KEKASIH HATI. jangan sesekali kamu BELAKANGKAN KAWAN KAWAN. tidak semua benda, tidak semua perkara kamu boleh buat dengan KEKASIH HATI. seriusly, kamu pastinya perlukan KAWAN KAWAN. SERIUSSSS!!! jangan sampai kawan kawan larikan diri dengan sikap kamu nih…


friendship

Cuba bayangkan,
tetiba KAMU CLASH, ha ape korang nak baut dengan masa korang yang selama ni setiap masa dengan kekasih hati??? bukan ke alih alih korang perlukan kawan jugak kan. kalau ada kawan yang baik hati…mungkin la akan bergaul balik dengan korang, tapi kalau ada yang betul betul terasa hati…menjauhkan diri dari kamu…ha cuba jawab.


ok fine,
pleaseee jangan hidup dalam dunia fantasi. cubalah bahagikan masa tuh dengan semua orang…nanti dah jadi SUAMI, barulah kamu perlu SETIA, SENTIASA bersama lelaki yang bergelar SUAMI.


dan,
lelaki pulak, janganlah duk kongkong kekasih hati kamu, supaya bersama kamu jer….bagilah masa untuk masing masing dengan dunia masing masing….


hurmmm…
last but not least…dalam bercinta, ingat batas batas yer!


dah nikah kahwin ni pun,
hidup bermasyarakat masih perlu diterapkan…yang pasti jangan melepasi batas la kan. kita dalam dunia ni bukan hidup berseorangan…


** fuhhh, buat renungan bersama yer**

laki yg pnting kn kwn dry gf...

skarang sy jd mangse..
bukan mangse..
tp bole dkatekan sy sedang melalui waktu ni...
buah hati sy ni 24 jam ngn kawan..
sy ni kdg2 rase cam x wujud..
mcm sy yang terhegeh2 pn ad gak..
tp sy sayang kat die..
sy da bole fhm die skarang..
mmg patot die lebihkan kwn..
sbnrnye kawan la tmpat kite luahkan masalah..
tp bg lelaki best la..
perempuan kan berjiwe lmbut..
so,die msti nak sntiase ad teman kat sisi..
nak rase dsayangi n dimanjekan..
xkan korang nak pakwe korang lebih bnyk luahkan masalah ngn kawan dari korang..
jgn sampai satu mase nanti,die lbh sayangkan kawan lelaki dia dari korang
da smpai mase tu,korang jgn mnangis xberlagu sudah..
cubela jadi yang terbaik..
kawan2 jugak..
xkan t nak kawen ngn member laki korang tu kan..
pk2 la...
bagus gak topik ni..
hm,salam..

cedih...

doa m'jdi owg sabar..



DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)
DOA 2
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)

jgnlah m'gutuk atau m'gmpat...

Assalamualaikum,
Susah untuk dimengertikan kenapa manusia suka sangat mengutuk sesama saudara atau dalam erti kata lain ialah mengumpat. Apakah istilah mengumpat ini sudah tidak digunakan? Buat ketupat agaknya. Takut saya bila mana teringat kembali balasan yang akan Allah berikan kepada mereka yang suka mengumpat. Saya juga ingatkan diri ini yang kadang-kadang ada juga tersalah menceritakan hal orang lain kepada mereka yang lain. Astaghfirullah….
Mengumpat ini amatlah berat. Bagi saya ia umpama virus yang sangat membahaya. Ia boleh juga digolongkan dalam kategori memfitnah iaitu daripada mengumpat, boleh menjurus ke arah memfitnah.
conversation1
Sebelum ini saya pernah ceritakan mengenai jaga aib yang juga tergolong dalam kategori mengumpat, iaitu perbuatan yang saling bersangkut paut.
Dalam kehidupan harian, ada sahaja yang menyentuh pemikiran saya. Saya tergerak untuk bercerita di sini bukan sekadar cerita kosong, tetapi untuk mengingatkan kita semua termasuklah diri saya bahawa janganlah kita amalkan sikap seperti ini. Saya terlihat satu kelompok manusia yang suka mengutuk rakan-rakan sejawat. Saya tidak tahu apakah motif kutukan tersebut. Namun, perbuatan seperti itu sememangnya bukanlah berbuatan yang sihat dalam sesebuah hubungan.
Apa yang saya paling tidak suka, apabila di hadapan seperti tiada apa-apa masalah, tetapi di belakang mengutuk umpama bahan ‘makanan sampingan’ sahaja. Ingatlah wahai insan, mungkin bagi anda yang suka mengutuk atau mengumpat orang akan rasa seronok seolah-olah anda sedang mengunyah snek, tapi tahukah anda bahawa anda sedang memakan daging saudara anda sendiri?
ngumpat
Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Janganlah kiranya anda suka mengumpat kerana dosa mengumpat ini amatlah besar sehinggakan ia tidak akan mendapat pengampunan dari Allah kecuali anda meminta ampun dengan saudara yang diumpat itu.
Ada beberapa petikan hadis yang mungkin boleh menginsafkan anda yang suka mengumpat:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat sudah tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Wallahualam.